indahnya kenangan dulu dulu....

masih ingat kah zaman kecik-kecik kita..
zaman bahagia gumbira...
no tension2 cari duit, save duit yang kita tau is main main main..
and being happy is the best feeling EVER!!


siapa lahir tahun 1986 angkat tangan macam saye!!!!
alahh yang lahir tahun 1985, 1987 pun kena tempias jugala kan...sebab kita membesar seiringan!! hehe


jum kita imbau kembali nostalgia zaman kanak-kanak kita..
mesti rindu!

sedikit sebanyak mengingatkan kita tentang masa masa kita famous dulu :D



okeh,, di iklan-iklan tv kita selalu tengok ni..tagline??
"Tora datang lagi!!!!"
then kita pun terpengaruh soh mak ayah belikan XD


Power rangers...
seawal jam 5 petang dah mandi and dudok depan tv tengok kehebatan Power Rangers selamatkan dunia dari makhluk asing..
aku teringat dengan si yang selalu sebut "ayayaiyayaiiii..."


Dragonball..ah yang ni tontonan WAJIB hari ahad jam 9.30 pagi.
dengan iklan Appollonya...kalau x tengok,, xupdate ngan kawan nak cerita kat sekolah lame! ;P



2. waterfall...tembak-tembak sampai gelung tu masuk dalam palang disediakan..
tak pernah tengok lagi game ni skarang

BILA DISEKOLAH PULAK..
1. dulu-dulu ada program memberus gigi beramai-ramai...and pastinya di tepi LONGKANG!
haha,, dengan tengok darah gigi kawan-kawan sebelah hehe ,,cakap ada ka xda??
-sehari sebelum berus gigi,cikgu pesan suruh bawak cawan dengan berus gigi...

2. kalau mewarna mesti nak pakai kaler pensel LUNA..haha pastu simpan balik kaler yang diambil cun-cun ditempatnya,,xboleh salah mesti susun balik. bengong!


best tak best zaman kecik??
terasa masa sangat cpat berlalu
sekarang saya dah sweet 21...cepat je masa berlalu....

SABARNYA SEORANG LELAKI YANG BERGELAR SUAMI...



Realiti kehidupan...30hb
,suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bill air Rm30.00, bayar duit rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00 , bil telephone suami dan isteri Rm200.00 , bill elektrik Rm170.00 , ansuran motor Rm150.00 dan yuran tuisyen anak Rm150.00 ..serta menukarkan Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan...lalu berbekalkan duit baki Rm750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat kerja..terus di sambut ngan isteri satu soalan " ari ni hari gaji abang kan??..jom pergi beli barang dapur byk dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm ni sebab I tak laratlah nak masak ari ni... bebudak pun esok hari sabtu cutikan? Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yg bongsu " Ayah cikgu adik ckp ari isnin cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yg baru." Isteri spontan menyampuk " mintak kat ayah..ayah baru dapat gaji..sambil anak yg sulung pula mencelah .." ayah kakak pun nak duit Rm 30.00 hari isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak peperiksaan ni..Si suami terus mengeluarkan Rm50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong ..Kemudian bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk mkn dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta Rm50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah Rm50.00..Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dgn jumlah Rm 250.00 untuk barang kering dan Rm 50.00 untuk barang basah..setelah semuanya selesai pulanglah keluarga tersebut kerumah dgn suami hanya tinggal gaji yg baru dpat pagi tadi sebanyak Rm300.00 sahaja.Maka tidurlah si suami dgn mata yg terkebil kebil mengenangkan baki duit yg tinggal hanya dlm beberapa jam sahaja dapat gaji tadi..Keesokkannyer pagi sabtu isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi...suami pun pergilah beli dgn modal Rm5.00 dan surat khabar Rm1.50.. manakala menjelang petang si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu...si suami ikutkan jugak dlm keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak.Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 ..sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dgn tudung bawal berharga Rm15.00 mintak dibelikan..suami pun keluarkan duit bayar..kemudian bila kedepan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur anak anak yg berharga Rm15.00 sehelai..isteri pun selamba kata " bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh..belikan diorg yg baru ni.murah jer Rm15.00 hengget...suami keluarkan lagi Rm30.00 untuk baju tidur anak anak. Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama sama..tetapi dalan perjalanan nak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar .mintak singgah di kedai makan untuk makan mlm...sang ayah kesiankan dgn rengekan anak pun singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dgn membayar Rm30.00 lagi..Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah Rm188.50.Esok hari Ahad...isteri suh pergi kedai pagi pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi...suami modalkan lagi Rm7.00 dan Rm1.50 untuk suratkhabar...tinggallah duit gaji genab Rm180.00..Malamnyer pulak beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta...Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dgn berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak Rm30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat..serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yg akan datang samada sampai atau tidak??....selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung..suami katakan tidak.ada modal...lalu isteri menjawab dgn sinis " kalau ajak balik.kampung saya jer takder duit...klu ajak balik kg saya jer abg kata tak der duit...mana pergi duit gaji abang selama ni....takkanlah seminggu gaji dah tak berduit...abg ada pompuan lain ke??" Terpinga pinga suami nak di jawab jadi perang...nak di ceritakan yg sebenar nanti disalahkan balik kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung Rm15.00 tu......
...Begitulah realiti kehidupan seorang suami yg penyabar demi melaksanakan tanggungjawab dan amanah Allah kepadanya...Nak buat kerja lebih masa dan part-time nanti isteri mengeluh selalu tak lekat kat rumah...penat dia melayan kerenah anak anak sorang diri...tapi bila gaji tak cukup pun di sindir katakan suami tak jalankan tanggungjawab...bila mintak dibantu nanti di katakan itu tanggungjawab suami untuk sediakan nafkah anak isteri...lagipun dia katakan dah tlg bayarkan duit baby sitter yg sepatutnya tanggungjawab suami... kesimpulannya dan persoalannya bahagiakah suami itu atau dayuskah suami itu atau boroskah keluarga mereka ??
Menghargai sebelum terlambat…

Menghargai seseorang adalah perkara yang sangat subjektif sebab setiap individu punya cara yang tersendiri untuk menghargai seseorang. Ada yang menghargai dengan cara menunjukkan penghargaan dengan kata-kata tetapi ada juga yang suka menghargai dengan bentuk perbuatan dan mungkin juga ada yang suka menghargai tetapi agak sukar untuk diselami bentuk penghargaannya. Persoalannya, sejauh mana kita menghargai orang disekeliling kita? Keluarga kita? Kawan-kawan kita?pasangan kita?

Menghargai seseorang adakah perlukan waktu? 
Menghargai seseorang adakah perlu balasan? 
Menghargai seseorang adakah perlu sebab? 

Jawapannya tentu sekali tidak.. Menghargai seseorang kerana Allah pasti membuatkan kehidupan ini lebih bermakna. Hargailah seseorang selagi yang kita mampu, selagi kita masih bernafas di bumi yang sementara ini.Rahsia Allah tiada siapa yang tahu, hari ni kita masih bersama tapi esok satu perkara yang belum pasti. Mana tahu, esok lusa kita sudah tiada di dunia ni, begitu juga dengan orang disekeliling kita, mungkin hari ni kita menjalani kehidupan bersama-sama, gelak tawa bersama, makan sama-sama, luang masa besama, tapi esok satu perkara yang kita sendiri tidak tahu penghujungnya. Kita kena ingat, semua yang ada di dunia ini hanya pinjaman semata-mata, bila-bila masa sahaja Allah akan ambil tanpa perlu permit kebenaran dari kita.

kehidupan anak dan ayah serta ibu. Selagi mana seorang anak itu mampu untuk menolong orang tuanya, memberikan bantuan, berilah semampu dan sedaya yang mungkin. Hargai orang tua kita, sebagaimana mereka membesarkan dan menjaga kita dari sebelum kita lahir sehinggalah kita sudah mencecah alam dewasa sekarang. Sesunggunhya orang tua kita tidak pernah mengadu dan meminta-minta untuk dihargai, tapi cukup kita mengetahui apa yang tersirat dihati orang tua kita. 

Bagi yang masih belajar, hargailah orang tua kita dengan menjadi anak yang baik, memberikan keputusan yang baik di sekolah, tidak mempunyai masalah disiplin di sekolah. Bagi yang sudah mempunyai kerja, hargailah orang tua kita dengan memberikan nafkah bulanan bagi meringankan beban mereka, jika kita tinggal berjauhan, rajinlah untuk menziarahi orang tua kita, pasti mereka akan rasa gembira. Hargai mereka sebelum terlambat dan insya-allah jika kita cukup menghargai dan menyayangi serta sentiasa mendoakan orang tua kita, pasti tidak ada rasa penyesalan di belakang hari NANTI. 

Teringat satu artikel yang pernah dibaca ketika forum U I Love . Artikel ni mengisahkan tentang seorang isteri dan seorang suami. Satu hari, isterinya berjumpa dengan kawan-kawannya. Semua kawan-kawan menceritakan tentang kelebihan suami masing-masing yang suka memuji kelebihan isteri masing-masing. Suami yang seorang sering memuji kecantikan isterinya, yang seorang pula memuji kemerduan suara isterinya, yang seorang pula memuji cara jalan isterinya,macam-macam lagi ada. Tapi suami isteri yang seorang ni tidak pernah memuji isterinya. Terdetik dihatinya adakah suaminya tidak menghargai apa yang ada pada dirinya?. Bila si isteri balik kerumah, dia pun marah-marah suaminya dan mengadu ketidakpuasan hatinya, tapi si suami terdiam sahaja melihat telatah isterinya. Pada satu hari si isteri mengalami satu kemalangan yang hampir meragut nyawanya. Si suami pun datang menziarahi isterinya, dengan linangan air mata, si suami memegang tangan isterinya yang koma dan mengatakan yang dia sangat sayangkan isterinya. Si suami menangis dan berkata kepada isterinya, andaikata abg cintakan sayang kerana kecantikan sayang, adakah sayang masih cantik sekarang? Andaikata abg cintakan sayang kerana suara sayang, adakah sayang boleh bercakap sekarang? Andaikata abg cintakan syg kerana cara jalanan sayang, adakah sayang boleh berjalan sekarang? Si suami sangat sayangkan isterinya, dia terlalu menghargai isterinya tanpa perlu sebab.


Rasulullah SAW bersabda:“sesungguhnya Allah itu indah (cantik) dan menyukai keindahan (yang cantik)""Takbur itu ialah menolak kebenaran dan tidak menghargai orang lain.”Hadis sahih riwayat muslim.




Ai shi te ru ialah perkataan bahasa Jepun yang bermaksud 'aku cinta padamu'.Dalam bahasa Inggeris ia disebut 'I love you' manakala di dalam bahasa Mandarin ia disebut sebagai 'Wo ai ni'.




TANDA CINTA 
Mark Twain pernah berkata,"Cinta bukan kepercayaan tanpa bukti, tetapi kepercayaan tanpa syarat."

Ini bermakna,

setidak-tidaknya kita mempercayai dirinya walaupun kita tahu si dia bukan orang yang baik.Tetapi kepercayaan itu diletakkan kerana cinta.Oleh itu, apabila kita menyatakan cinta kepada Allah, maka kita akan dapat mengesan tanda-tandanya. Ibnu Qayyim menyatakan dalam bukunya 'Rindu & Cinta Menurut Islam', beberapa tanda jatuh cinta yang di alami oleh manusia adalah,

 Banyak mengingati orang yang di cintai, membicarakan tentangnya dan sentiasa menyebut namanya. 

Tunduk dan mengikut segala perintah orang yang di cintai dan mendahulukan segala keperluannya. 

Memerhati kata-kata orang yang di cintai dan mendengarkannya. Mencintai segala perkara yang di cintai sang kekasih.

Sebenarnya tidak banyak perbezaan yang berlaku daripada segi prinsip apabila kita jatuh cinta kepada Allah kerana matlamat asalnya tetap juga cinta.Ringkasnya, apabila kita jatuh cinta dengan Allah, kita pasti mengingatinya, tunduk dan patuh pada semua perintahnya, memerhati dan mengikut setiap peraturan-Nya dan mencintai segala perkara yang di cintai oleh Allah dan itu yang kita sebut sebagai tanda-tanda cinta kepada Allah S.W.T.



 BUKTI CINTA
Sekiranya cinta kepada Allah, maka ia perlu di sertakan dengan bukti.Lalu, bagaimana nbukti itu dapat di tunjukkan?
Sentiasa mengingati Allah berbanding mengingati manusia Pasangan yang jatuh cinta sentiasa mengingati pasangannya.Hatinya tenteram dan berbunga-bunga apabila terfikir mengenai sang kekasih. Begitu juga cinta kepada Allah.Manusia yang jatuh cinta kepada Allah akan sentiasa mengingati dan merindui Allah.

Dalam surah ar-Ra'du Allah menjamin manusia yang mengingatinya,
''Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang "

 Ini adalah jaminan daripada kekasih kepada kekasihnya.Ini menjadi bukti Allah akan membalas perasaan cinta manusia sebagai hamba kepada penciptanya.

 MENURUT SEGALA KEMAHUAN SANG KEKASIH
 Realiti orang bercinta biasanya akan menurut segal kemahuan sang kekasih walaupun mereka kekurangan wang pada masa itu. Ini dianggap sebagai bukti cinta sama ada pasangannya benar-benar mencintai dirinya atupun tidak.

Ini bermakna, bukti seseorang itu mencintai Allah ialah kita mengikuti segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya.Allah menyatakan,
 " Orang yang beriman itu kuat kecintaannya kepada Allah "
 (Surah al-Baqarah, ayat 165)
 Ini bererti, syarat utama mencintai Allah ialah mempunyai iman di dalam hati.

KESIMPULAN

Hakikatnya mencintai Allah lebih mudah daripada mencintai manusia

Allah tidak mahukan harta kita kerana Allah pemberi rezeki.Bahkan kita yang di tuntut supaya meminta sesuatu daripada Allah melalui doa. Menurut Doktor Norman V.Peale, DOA adalah kekuatan terbesar dalam memecahkan masalah peribadi seseorang.Ada kekuatan dahsyat yang terkandung dalam doa.

 Jadi tidak hairan sekiranya mereka yang mencintai Allah sentiasa berada di dalam kesejahteraan hidup kerana kekasih hati sentiasa bersedia mengabulkan segala permintaannya.

Oleh itu, tadahkan tangan dan ucapkan ai shi te ru kepada Allah. Semoga dengan cara itu, kita tergolong di kalangan hamba yang di cintai oleh-Nya. - GIVE & TAKE antara HAMBA & PENCIPTA

kalau dah rezeki ,tak kemana...

tUAh Ayam Nampak Dikaki,Tuah manusia siapa yang taw kan.. dulu kita yang kutut dye,maki maki dye..see,sekarang dye da famous.. dah siap jadi artis lagi...seriusly,aku memang minat dye.. :D .. just minat dengan perwatakan,bukanya minat ape ape.. ezad pun dah tarik dye buat rakaman ...seriusly comel..

BERSAMA ANAK ANAK YATIM

Kita sepatutnya bersyukur kerana kedua ibu bapa kita masih lagi menitik berat akan diri kita.Sedar tak sedar,kita kena ambik berat akan anak yatim.Mereka juga perlukan kasih sayang dan juga perhatian. Lawatan kami ke rumah anak yatim Ar-Rayyan membuat air mata kami mengalir.Melihat akan anak anak yatim yang kian membesar tanpa kedua dua ibu bapa.Cuba kita letakkan diri kita di tempat mereka,,rasa ape yang mereka rasa.Betapa peritnya untuk mereka menjalani kehidupan seharian..Hormailah ibu bapa kita dan sayangi mereka sementara mereka masih ada.

jADILAH SESEOrang yang berguna..

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk. Orang tamak selalu rugi.
** Ingat! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

Pengalaman Mendewasakan Kita Dan Pengalaman Mengajar Kita Erti Kehidupan Sebenar

WALAUPUN SENANG UNTUK DIUNGKAPKAN, sepatutnya, kita sekarang perlu belajar dari kesilapan lalu, belajar dengan pengalaman yang lampau demi memastikan kita terus bergerak ke hadapan kerana musuh sentiasa perhatikan kita. Tidak kiralah sesama kita mahupun penjajah-penjajah lampau. Langkah tetap perlu diteruskan tidak kiralah kita ini lumpuh atau sebagainya. Kerana kehidupan itu satu anugerah yang diberikan Ilahi kepada kita. BAK KATA SEORANG BLOGGER YANG PENAH AKU BACA. Pengalaman adalah guru yang paling sempurna mungkin itu adalah ungkapan yang sesuai buat sebuah pengalaman. kita tidak tahu akan rasa masin kalau kita tidak makan garam, kita tidak bisa merasakan rasa manis kalau kita tidak merasakan gula. kita tidak bisa merasakan kasarnya tanah kalau kita tidak menyentuhnya. jadi pengalaman - pengalaman kita merasakan, menyentuh dan lain nya adalah guru yang sempurna. SO, aku akan belajar dari situ. belajar dari pengalaman. aku dah dewasa. aku perlu pikir tok masa depan. kita hidup di dunia ni hanya sementara. aku akan cari yang terbaik buat diri aku. aku tak akan persia sia kan peluang yang baik datang di depan mata. peluang yang sama mungkin susah untuk kita dapat kembali. hargailah dengan yang apa kita ada. memang manusia ni tidak akan puas dengan apa yang dia ada. tapi kita perlu hargai apa yang ada di depan mata. kalau ia pergi? apa yang kita dapat. kita perlu mencari kembali. jangan membuang masa. buat lah pengalaman dulu sebagai pengajaran di masa hadapan. kita perlu ada sifat terbuka untuk semua ini. kita tidak boleh menghukum semuanya. apa yang terbaik ada hadapan kita. memang aku sekarang dah lari pada topik yang aku sentuh. tapi, ni lah asam garam dunia. pucuk pangkatnya DARI HATI.

RED WARRIOR

walaupun tiket RM40,ia cukup bermakna untuk seluruh rakyat kelantan.. Tiada istilah kegembiraan jika tiada kejayaan.. 29/6/2013 merupakan tarikh yang bermakna bagi squad bola kelantan,THE RED WARRIOR kerana telah membawa pulang piala FA untuk kali kedua.. Dulu THE RED WARRIOR berjuang untuk negeri kelANtan tapi kali tidak,TRW berjuang dengan di`iringi sokongan dari negeri terengganu dan pahang.. Di stadium bukit jalil,bukan setakat penyokong kelantan sejati yang memakai JERSI kelantan,tetapi penyokong bola dari TERENGGANU dan PAHANG turut menyokong kelantan..
THIS IS PANTAI TIMUR okay

Bila usaha pasti ada kemenangan

Tahniah kepada squad red warrior kerana telah bertungkus lumus untuk mendapat kejayaan ini..Sudah pasti dan jelas terukir kegembiraan diwajah kanak kanak kecil yang impikan kemenangan ini.. -macam yang dijanjikan,kelantan menang bola,, semua sekolah dekat kelantan akan cuti.. :D

Tak Kira Sape awk,,sy rasa bahagia bila awk ada disisi saya,,jika awk pelengkap hidup saya,,saya ikhlas menerima awk seadanya...

Tanda-tanda jodoh kita.
Pertama, orang yang berjodoh dengan kita walaupun selalu bersama, tidak ada sedikitpun perasaan bosan, jenuh ataupun tertekan. Semakin hari, semakin sayang padanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dan dia pun merasakan hal yang sama seperti yang kita rasakan. Rasa senang apabila bersama. Jika berjauhan terasa ada kerinduan dan ingin berjumpa dengannya. Ketiadaan dirinya kita kehilangan.
Kedua, Orang yang berjodoh dengan kita bersikap bersahaja dan tidak "aneh-aneh." Coba perhatikan caranya berpakaian, caranya berbicara, caranya tertawa dan tersenyum maupun makan dan minum nggak ja'im (jaga imej). Apabila dia tampil ada adanya, tidak dibuat-buat, maka itu adalah salah satu tanda-tanda dia adalah calon pasangan hidup kita

Perempuan Wajib Bertudung..

Sape kata bila perempuan bertudung dia x bergaya,bagi saya..perempuan yang bertudung la perempuan yang paling manis and sweet..
tengok Engku Sulwani nie..cantik kan,, Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Usaha SELAMA 6 bulan,ALHAMDULLILAH..

Bila kita berusaha,kejayaan akan kita dapat..Itulah hakikat yang ada didunia sementara.. Bila kita berusaha,jangan pulak kita lupakan pada yang maha Esa,sesungguhnya usaha yang kita lakukan akan di nilai dan di balas oleh NYA..
Trick opera mini free untuk celcom user.. make sure nak test ,kredit xde,,kalau ada kredit,confirm habis,,haha... setting APN tu,pakai yang celcom bagi,,yang original APN.. #atas nasib jew ni,,klau menjadi,,alhamdullilah,haha,, tapi skung ni aku pakai ok je,,blh download file bwah 11mb je,,yg bsar2 xleh,,cam cibai kn,, :D nie apk yg telah aku edit setting dye.. try la klau berminat.. http://www.4shared.com/file/ulFT_Gmz/opera-mini-7-celcom.html?

sentiasa ada time susah senang,,

NIE YANG PERTAMA
Nie la peneman hidup Nick Aizuddin..Time susah dye ada dan time senang pun dye tetap ada. walaupun baru je akad nikah ngan dye tahu nie,dye sentiasa menolong untuk mencari kawan atau teman hidup.Selama ngn dye,dye ada satu perangai tak senonoh dan perangai buruk yang nick tak suka.. Keje dye CEPAT habis bateri..AISHHH,serius menyakitkan hati.. NIE PULAK YANG KEDUA
cuma ada dua je, cuma sekarang nie teringin nak pakai iphone lak..

Cara nak buat free internet,,,





install http://qfs.mobi/f56033 download dan save dulu file..pergi Setting->Wireless & Networks->Mobile NetworksData Enable - Off
pergi ke Access Point Names buat APN baru\
Name :digi
APN : digiwap
Proxy : 203.092.128.188
Port : 80
Username : digi
Password : digi
Server : digi.moko.mobi
Authentication type : PAP or CHA
Pdh isi tick SAVE Selanjutnya kta pergi ke file
------------------------------------------------------------------------------------
open opera Korg akan nampak byk petak kosong yg nk diisi contoh FrontQuery,MidleQuery,BackQuery,Filter & Add Port to Non Port <---biarkan kosong kecuali di Remove Port <--- TickkanProxy Type : HOST Proxy Server : digi.moko.mobipilih SAVE tekan butang HOME pergi ke Setting balik klik Data Enable dan pastikn dulu APN yg korang tick tadi APN yg korang edit td..jgn pakai yg default APN sbb akn mkn kredit...

AH-LAN WASSALAM YA RAMADHAN

Rabiul Akhir berlalu pergi,
Rejab dimulai dengan tingkatkan amalan,
Kini Sya'ban sedang dititi,
Menanti Ramadhan penuh debaran.

"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK ~


penghujung Sya'ban anak bulan dilihat,
petanda bermula bulan Ramadhan,
bulan Ramadhan bulan rahmat,
jom la kitew manfaatkan bulan ramadhan nie,,,

Jika Allah telah memakbulkan
doa mu, Dia telah mengukuh kepercayaanmu, Jika Dia menangguhkannyaDia menguji kesabaran mu, Jika Dia tidak memakbulkan doa mu, jgn putus asa, Dia telah merancang sesuatu yg lebih bagus untuk mu - wallahualam
'Selamat menyambut Ramadhan Almubarak dgn penuh keimanan, kesabaran & ketaqwaan..


selamat menyambut bulan ramadhan wahai insan yang tersayang,,,,

Bagaimana nak handle cathrig ink printer....

Saya beli printer modified ni.Sebenarnya dah lama bercadang nak beli masa jumpa kat Digital Mall dulu tapi dok nantilah…. nantilah… nantilah… Bukan mahal mana pun.
Kat rumah saya ada printer PIXMA 258. All in One yang boleh print dan scan sekali. Masalahnya harga set ink cartridge dia bukannya murah.Sekadar nak buat assigment,tak perlu la ink yang mahal-mahal,,


Printer modified ini mudah dan murah . Nak refill ink cuma di bahagian luar dan harga sebotol ink berharga antara RM 7-8 saja.

Tapi,orang cakap jika ink kat luar memang bnyk masalah,,
saya pun mengalami masalah yang sama,
ink dalam wire kt luar tak d sedut dengan elok,


1st time pakai printer ink outside,,
pergghhh,,mengelabah la jugak,,,
nak di jadikan citer,fikir di fikir balik..
TERINGAT pasal tekanan yang di ajar cikgu fizik dulu,.rupenya masalah yang di alami sebelum nie cuma tekanan jew,,



Semasa membeli printer ini, jurujual beritahu ‘ kalau nak print, buka penutup kecil dan kalau nak isi semula ink, buka penutup besar ‘
Rupa-rupanya prinsip yang diajar jurujual tersebut salah! Tidak betul sama sekali ! Dibangkang sepenuhnya!
Cuba perhatikan gambar botol ink yang dilukis oleh Encik Azman Ishak di atas. Penutup kecil berada di ruang kedap udara, kalau dibuka waktu kita print, tak adalah ruang kedap udara yang akan memberi tekanan kepada dakwat untuk disalurkan ke printer.
Sepatutnya bahagian penutup yang lebih besar itu perlu dibuka, maka akan ada tekanan di situ yang akan menolak dakwat ke printer.
Awal pagi tadi, bertukanglah saya membaiki printer tersebut.

DAN itulah masalah yang dapat di selasaikan dengan sendiri,,
berfikir dahulu and concentrate dalam kelas fizik,,ape yang di ajar ada gunanya,,

sekian dari saya,
nick aizuddin,,

<3

Dah lama nak makan puding...e


mmm,,dah lama da cari benda nie dekat PORT DICKSON,,,
memang xdew,,xpenah nak jumpa,,,
last2 blik kt rumah minx MAK tolong buatkan,,,

kalau letak roti lagi sedap,pastu letak pulak dalam PETI AIS,,,

SELAMAT HARI IBU BUAT MAMA YANG TERSAYANG



Banyak juga tarikh untuk diingati bila tiba bulan Mei. Antara yang popular mestilah hari ibu. Sebelum ini saya sering tertanya-tanya apakah tarikh sebenar hari ibu. Kalau tanya pada kawan2 pun ramai yang tak pasti tentang tarikh hari ibu.

Semalam saya terdengar di tv, bagi kebanyakan negara, hari ibu disambut pada ahad minggu kedua bulan mei. Bermakna 11 Mei ini. Tetapi sesetengah negara pula menyambut hari ibu pada 8 Mei, sejarah hari ibu mula2 sekali, tahun bila tu saya tak pasti pulak.

Apa yang penting hari ibu disambut untuk menghargai jasa2 ibu sejak kita wujud dalam rahim ibu sehingga kita menjadi seorang insan. Tak kisah la bila tarikh sebenar hari ibu, sebab kita seharusnya menghargai jasa ibu kita setiap hari, bukan untuk hari2 tertentu sahaja.

Betapa pentingnya ibu dalam hidup kita. Ibu sentiasa berada disisi kita dikala susah atau senang, suka atau duka. Cuba bayangkan bagaimana keperitan ibu ketika melahirkan. Saat itu ibu bertarung antara hidup atau mati.

Saya menulis bukan semata2 untuk mengingatkan orang lain, tapi yang penting untuk mengingatkan diri saya sendiri. Supaya sedar sebelum terlambat.

Selamat Hari Ibu untuk semua ibu2 didunia!
 
..