SABARNYA SEORANG LELAKI YANG BERGELAR SUAMI...



Realiti kehidupan...30hb
,suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bill air Rm30.00, bayar duit rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00 , bil telephone suami dan isteri Rm200.00 , bill elektrik Rm170.00 , ansuran motor Rm150.00 dan yuran tuisyen anak Rm150.00 ..serta menukarkan Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan...lalu berbekalkan duit baki Rm750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat kerja..terus di sambut ngan isteri satu soalan " ari ni hari gaji abang kan??..jom pergi beli barang dapur byk dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm ni sebab I tak laratlah nak masak ari ni... bebudak pun esok hari sabtu cutikan? Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yg bongsu " Ayah cikgu adik ckp ari isnin cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yg baru." Isteri spontan menyampuk " mintak kat ayah..ayah baru dapat gaji..sambil anak yg sulung pula mencelah .." ayah kakak pun nak duit Rm 30.00 hari isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak peperiksaan ni..Si suami terus mengeluarkan Rm50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong ..Kemudian bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk mkn dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta Rm50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah Rm50.00..Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dgn jumlah Rm 250.00 untuk barang kering dan Rm 50.00 untuk barang basah..setelah semuanya selesai pulanglah keluarga tersebut kerumah dgn suami hanya tinggal gaji yg baru dpat pagi tadi sebanyak Rm300.00 sahaja.Maka tidurlah si suami dgn mata yg terkebil kebil mengenangkan baki duit yg tinggal hanya dlm beberapa jam sahaja dapat gaji tadi..Keesokkannyer pagi sabtu isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi...suami pun pergilah beli dgn modal Rm5.00 dan surat khabar Rm1.50.. manakala menjelang petang si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu...si suami ikutkan jugak dlm keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak.Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 ..sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dgn tudung bawal berharga Rm15.00 mintak dibelikan..suami pun keluarkan duit bayar..kemudian bila kedepan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur anak anak yg berharga Rm15.00 sehelai..isteri pun selamba kata " bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh..belikan diorg yg baru ni.murah jer Rm15.00 hengget...suami keluarkan lagi Rm30.00 untuk baju tidur anak anak. Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama sama..tetapi dalan perjalanan nak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar .mintak singgah di kedai makan untuk makan mlm...sang ayah kesiankan dgn rengekan anak pun singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dgn membayar Rm30.00 lagi..Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah Rm188.50.Esok hari Ahad...isteri suh pergi kedai pagi pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi...suami modalkan lagi Rm7.00 dan Rm1.50 untuk suratkhabar...tinggallah duit gaji genab Rm180.00..Malamnyer pulak beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta...Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dgn berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak Rm30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat..serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yg akan datang samada sampai atau tidak??....selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung..suami katakan tidak.ada modal...lalu isteri menjawab dgn sinis " kalau ajak balik.kampung saya jer takder duit...klu ajak balik kg saya jer abg kata tak der duit...mana pergi duit gaji abang selama ni....takkanlah seminggu gaji dah tak berduit...abg ada pompuan lain ke??" Terpinga pinga suami nak di jawab jadi perang...nak di ceritakan yg sebenar nanti disalahkan balik kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung Rm15.00 tu......
...Begitulah realiti kehidupan seorang suami yg penyabar demi melaksanakan tanggungjawab dan amanah Allah kepadanya...Nak buat kerja lebih masa dan part-time nanti isteri mengeluh selalu tak lekat kat rumah...penat dia melayan kerenah anak anak sorang diri...tapi bila gaji tak cukup pun di sindir katakan suami tak jalankan tanggungjawab...bila mintak dibantu nanti di katakan itu tanggungjawab suami untuk sediakan nafkah anak isteri...lagipun dia katakan dah tlg bayarkan duit baby sitter yg sepatutnya tanggungjawab suami... kesimpulannya dan persoalannya bahagiakah suami itu atau dayuskah suami itu atau boroskah keluarga mereka ??
Menghargai sebelum terlambat…

Menghargai seseorang adalah perkara yang sangat subjektif sebab setiap individu punya cara yang tersendiri untuk menghargai seseorang. Ada yang menghargai dengan cara menunjukkan penghargaan dengan kata-kata tetapi ada juga yang suka menghargai dengan bentuk perbuatan dan mungkin juga ada yang suka menghargai tetapi agak sukar untuk diselami bentuk penghargaannya. Persoalannya, sejauh mana kita menghargai orang disekeliling kita? Keluarga kita? Kawan-kawan kita?pasangan kita?

Menghargai seseorang adakah perlukan waktu? 
Menghargai seseorang adakah perlu balasan? 
Menghargai seseorang adakah perlu sebab? 

Jawapannya tentu sekali tidak.. Menghargai seseorang kerana Allah pasti membuatkan kehidupan ini lebih bermakna. Hargailah seseorang selagi yang kita mampu, selagi kita masih bernafas di bumi yang sementara ini.Rahsia Allah tiada siapa yang tahu, hari ni kita masih bersama tapi esok satu perkara yang belum pasti. Mana tahu, esok lusa kita sudah tiada di dunia ni, begitu juga dengan orang disekeliling kita, mungkin hari ni kita menjalani kehidupan bersama-sama, gelak tawa bersama, makan sama-sama, luang masa besama, tapi esok satu perkara yang kita sendiri tidak tahu penghujungnya. Kita kena ingat, semua yang ada di dunia ini hanya pinjaman semata-mata, bila-bila masa sahaja Allah akan ambil tanpa perlu permit kebenaran dari kita.

kehidupan anak dan ayah serta ibu. Selagi mana seorang anak itu mampu untuk menolong orang tuanya, memberikan bantuan, berilah semampu dan sedaya yang mungkin. Hargai orang tua kita, sebagaimana mereka membesarkan dan menjaga kita dari sebelum kita lahir sehinggalah kita sudah mencecah alam dewasa sekarang. Sesunggunhya orang tua kita tidak pernah mengadu dan meminta-minta untuk dihargai, tapi cukup kita mengetahui apa yang tersirat dihati orang tua kita. 

Bagi yang masih belajar, hargailah orang tua kita dengan menjadi anak yang baik, memberikan keputusan yang baik di sekolah, tidak mempunyai masalah disiplin di sekolah. Bagi yang sudah mempunyai kerja, hargailah orang tua kita dengan memberikan nafkah bulanan bagi meringankan beban mereka, jika kita tinggal berjauhan, rajinlah untuk menziarahi orang tua kita, pasti mereka akan rasa gembira. Hargai mereka sebelum terlambat dan insya-allah jika kita cukup menghargai dan menyayangi serta sentiasa mendoakan orang tua kita, pasti tidak ada rasa penyesalan di belakang hari NANTI. 

Teringat satu artikel yang pernah dibaca ketika forum U I Love . Artikel ni mengisahkan tentang seorang isteri dan seorang suami. Satu hari, isterinya berjumpa dengan kawan-kawannya. Semua kawan-kawan menceritakan tentang kelebihan suami masing-masing yang suka memuji kelebihan isteri masing-masing. Suami yang seorang sering memuji kecantikan isterinya, yang seorang pula memuji kemerduan suara isterinya, yang seorang pula memuji cara jalan isterinya,macam-macam lagi ada. Tapi suami isteri yang seorang ni tidak pernah memuji isterinya. Terdetik dihatinya adakah suaminya tidak menghargai apa yang ada pada dirinya?. Bila si isteri balik kerumah, dia pun marah-marah suaminya dan mengadu ketidakpuasan hatinya, tapi si suami terdiam sahaja melihat telatah isterinya. Pada satu hari si isteri mengalami satu kemalangan yang hampir meragut nyawanya. Si suami pun datang menziarahi isterinya, dengan linangan air mata, si suami memegang tangan isterinya yang koma dan mengatakan yang dia sangat sayangkan isterinya. Si suami menangis dan berkata kepada isterinya, andaikata abg cintakan sayang kerana kecantikan sayang, adakah sayang masih cantik sekarang? Andaikata abg cintakan sayang kerana suara sayang, adakah sayang boleh bercakap sekarang? Andaikata abg cintakan syg kerana cara jalanan sayang, adakah sayang boleh berjalan sekarang? Si suami sangat sayangkan isterinya, dia terlalu menghargai isterinya tanpa perlu sebab.


Rasulullah SAW bersabda:“sesungguhnya Allah itu indah (cantik) dan menyukai keindahan (yang cantik)""Takbur itu ialah menolak kebenaran dan tidak menghargai orang lain.”Hadis sahih riwayat muslim.




 
..