Ai shi te ru ialah perkataan bahasa Jepun yang bermaksud 'aku cinta padamu'.Dalam bahasa Inggeris ia disebut 'I love you' manakala di dalam bahasa Mandarin ia disebut sebagai 'Wo ai ni'.




TANDA CINTA 
Mark Twain pernah berkata,"Cinta bukan kepercayaan tanpa bukti, tetapi kepercayaan tanpa syarat."

Ini bermakna,

setidak-tidaknya kita mempercayai dirinya walaupun kita tahu si dia bukan orang yang baik.Tetapi kepercayaan itu diletakkan kerana cinta.Oleh itu, apabila kita menyatakan cinta kepada Allah, maka kita akan dapat mengesan tanda-tandanya. Ibnu Qayyim menyatakan dalam bukunya 'Rindu & Cinta Menurut Islam', beberapa tanda jatuh cinta yang di alami oleh manusia adalah,

 Banyak mengingati orang yang di cintai, membicarakan tentangnya dan sentiasa menyebut namanya. 

Tunduk dan mengikut segala perintah orang yang di cintai dan mendahulukan segala keperluannya. 

Memerhati kata-kata orang yang di cintai dan mendengarkannya. Mencintai segala perkara yang di cintai sang kekasih.

Sebenarnya tidak banyak perbezaan yang berlaku daripada segi prinsip apabila kita jatuh cinta kepada Allah kerana matlamat asalnya tetap juga cinta.Ringkasnya, apabila kita jatuh cinta dengan Allah, kita pasti mengingatinya, tunduk dan patuh pada semua perintahnya, memerhati dan mengikut setiap peraturan-Nya dan mencintai segala perkara yang di cintai oleh Allah dan itu yang kita sebut sebagai tanda-tanda cinta kepada Allah S.W.T.



 BUKTI CINTA
Sekiranya cinta kepada Allah, maka ia perlu di sertakan dengan bukti.Lalu, bagaimana nbukti itu dapat di tunjukkan?
Sentiasa mengingati Allah berbanding mengingati manusia Pasangan yang jatuh cinta sentiasa mengingati pasangannya.Hatinya tenteram dan berbunga-bunga apabila terfikir mengenai sang kekasih. Begitu juga cinta kepada Allah.Manusia yang jatuh cinta kepada Allah akan sentiasa mengingati dan merindui Allah.

Dalam surah ar-Ra'du Allah menjamin manusia yang mengingatinya,
''Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang "

 Ini adalah jaminan daripada kekasih kepada kekasihnya.Ini menjadi bukti Allah akan membalas perasaan cinta manusia sebagai hamba kepada penciptanya.

 MENURUT SEGALA KEMAHUAN SANG KEKASIH
 Realiti orang bercinta biasanya akan menurut segal kemahuan sang kekasih walaupun mereka kekurangan wang pada masa itu. Ini dianggap sebagai bukti cinta sama ada pasangannya benar-benar mencintai dirinya atupun tidak.

Ini bermakna, bukti seseorang itu mencintai Allah ialah kita mengikuti segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya.Allah menyatakan,
 " Orang yang beriman itu kuat kecintaannya kepada Allah "
 (Surah al-Baqarah, ayat 165)
 Ini bererti, syarat utama mencintai Allah ialah mempunyai iman di dalam hati.

KESIMPULAN

Hakikatnya mencintai Allah lebih mudah daripada mencintai manusia

Allah tidak mahukan harta kita kerana Allah pemberi rezeki.Bahkan kita yang di tuntut supaya meminta sesuatu daripada Allah melalui doa. Menurut Doktor Norman V.Peale, DOA adalah kekuatan terbesar dalam memecahkan masalah peribadi seseorang.Ada kekuatan dahsyat yang terkandung dalam doa.

 Jadi tidak hairan sekiranya mereka yang mencintai Allah sentiasa berada di dalam kesejahteraan hidup kerana kekasih hati sentiasa bersedia mengabulkan segala permintaannya.

Oleh itu, tadahkan tangan dan ucapkan ai shi te ru kepada Allah. Semoga dengan cara itu, kita tergolong di kalangan hamba yang di cintai oleh-Nya. - GIVE & TAKE antara HAMBA & PENCIPTA

kalau dah rezeki ,tak kemana...

tUAh Ayam Nampak Dikaki,Tuah manusia siapa yang taw kan.. dulu kita yang kutut dye,maki maki dye..see,sekarang dye da famous.. dah siap jadi artis lagi...seriusly,aku memang minat dye.. :D .. just minat dengan perwatakan,bukanya minat ape ape.. ezad pun dah tarik dye buat rakaman ...seriusly comel..

BERSAMA ANAK ANAK YATIM

Kita sepatutnya bersyukur kerana kedua ibu bapa kita masih lagi menitik berat akan diri kita.Sedar tak sedar,kita kena ambik berat akan anak yatim.Mereka juga perlukan kasih sayang dan juga perhatian. Lawatan kami ke rumah anak yatim Ar-Rayyan membuat air mata kami mengalir.Melihat akan anak anak yatim yang kian membesar tanpa kedua dua ibu bapa.Cuba kita letakkan diri kita di tempat mereka,,rasa ape yang mereka rasa.Betapa peritnya untuk mereka menjalani kehidupan seharian..Hormailah ibu bapa kita dan sayangi mereka sementara mereka masih ada.

jADILAH SESEOrang yang berguna..

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk. Orang tamak selalu rugi.
** Ingat! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

Pengalaman Mendewasakan Kita Dan Pengalaman Mengajar Kita Erti Kehidupan Sebenar

WALAUPUN SENANG UNTUK DIUNGKAPKAN, sepatutnya, kita sekarang perlu belajar dari kesilapan lalu, belajar dengan pengalaman yang lampau demi memastikan kita terus bergerak ke hadapan kerana musuh sentiasa perhatikan kita. Tidak kiralah sesama kita mahupun penjajah-penjajah lampau. Langkah tetap perlu diteruskan tidak kiralah kita ini lumpuh atau sebagainya. Kerana kehidupan itu satu anugerah yang diberikan Ilahi kepada kita. BAK KATA SEORANG BLOGGER YANG PENAH AKU BACA. Pengalaman adalah guru yang paling sempurna mungkin itu adalah ungkapan yang sesuai buat sebuah pengalaman. kita tidak tahu akan rasa masin kalau kita tidak makan garam, kita tidak bisa merasakan rasa manis kalau kita tidak merasakan gula. kita tidak bisa merasakan kasarnya tanah kalau kita tidak menyentuhnya. jadi pengalaman - pengalaman kita merasakan, menyentuh dan lain nya adalah guru yang sempurna. SO, aku akan belajar dari situ. belajar dari pengalaman. aku dah dewasa. aku perlu pikir tok masa depan. kita hidup di dunia ni hanya sementara. aku akan cari yang terbaik buat diri aku. aku tak akan persia sia kan peluang yang baik datang di depan mata. peluang yang sama mungkin susah untuk kita dapat kembali. hargailah dengan yang apa kita ada. memang manusia ni tidak akan puas dengan apa yang dia ada. tapi kita perlu hargai apa yang ada di depan mata. kalau ia pergi? apa yang kita dapat. kita perlu mencari kembali. jangan membuang masa. buat lah pengalaman dulu sebagai pengajaran di masa hadapan. kita perlu ada sifat terbuka untuk semua ini. kita tidak boleh menghukum semuanya. apa yang terbaik ada hadapan kita. memang aku sekarang dah lari pada topik yang aku sentuh. tapi, ni lah asam garam dunia. pucuk pangkatnya DARI HATI.
 
..